Jutawan China Ingin Miliki Liverpool





Salam, entri ni ak buat sebagai informasi kepada semua 'die hard fans' Liverpool FC. Tadi aku godeh - godeh Berita Harian Online then jumpe pasal berita ni dan apa yang aku nak crita kan kat sini adalah konklusi dari berita tadi berdasarkan perspektif aku. Ok, sekarang memang tengah hot khabar angin berkenaan perkara ni. Khabarnya Kenny Huang (jutawan China) tengah berunding dengan kelab gergasi Liverpool. Huang adalah ketua eksekutif syarikat pelaburan sukan China, QSL.

Huang dikatakan membuat tawaran secara terus untuk membayar £237 juta (RM1.14 bilion). Pemilik sekarang ni Tom Hicks dan George Gillete yang merupakan jutawan dari US membeli Liverpool dulu dengan nilai £219 juta (RM1.05 bilion) pada 2007. Kira Huang ni nak ambik Liverpool dengan harga yang lagi mahal la. Tom Hicks dan George Gillete pernah menyatakan bahawa Liverpool adalah pelaburan yang paling menguntungkan berbanding pelaburan lain yang dia pernah buat.


Sebelum ni ada juga syarikat ekuiti New York nak beli 40 peratus pegangan tapi ditolak. Aku rasa ini satu lagi perubahan yang baik la terjadi pada Liverpool selepas pertukaran Pengurus iaitu Roy Hodgson.

Perspektif aku? Sebagai penyokong kuat Liverpool, aku rase bagus la diorang tuka. Jutawan US tu kaya tapi kedekot tak guna jugak. Bagi aku pemilik Liverpool sekarang ni lah antara punca merudum nya kelab Liverpool. Yela kan, team lain sibuk beli pemain bagus - bagus tapi Liverpool dapat beli yang anak - anak ayam je, hehe.

Kisah ni paling latest yang aku tau pasal pembelian Huntelaar, pemain AC Milan & Holland. Liverpool dah memang nak ambik dah pemain ni, dan dah setuju nak beli dengan harga 14 juta dollar. Tapi peruntukan yang dibagi cuma 2 juta dollar je, tak ke bangang sengal tu kan? Kalau ada rezki pun dapat pinjam je Huntelaar ni.

Kalau si Huang ni jadi beli harap bagila pengurus bajet lebih sikit, baru boleh dapat pemain gempak - gempak. Contoh macam Zaquan Adha David Villa ke, hehe (da tak available dah). Aku cuma boleh beharap prestasi Liverpool lebih baik je la tahun depan.


P/s : Tak sabar nak rembat jersi Liverpool, itu cap arak da tak dak.. Cantekk! hehe..

1 comments:

ammar said...

hahah...
jutawan cine 2 x mmpu nk beli liverpool..
coz..liverpool mmpunyai tangugan utang yg banyak..
ini berita aku simpan dari tgah hari..
khas untok ko..

Post a Comment