Antara Gaming dan Bloggging



Salam semua, hm.. lepak - lepak balik kelas tak tau nak buat apa. Teringin je nak klik icon Crysis nih, tapi nanti dulu lah. Semakin jauh rasanya aku dengan dunia blogging, dah la blog ni baru nak tumbuh. Hm..walhal sebelum ni aku tak ambik port pun dengan game - game ni semua. Yela sebelum ni guna pc lembab, dapat online dan dengar lagu je la. Nak install Photoshop jangan harap, game lagila jangan mimpi.. basah..hee.

*(Untuk pengetahuan kalian, entri kali ini hanyalah tentang aku, kalau bosan lepak la blog lain, hehe..)

*Aku rasa dia kena gamebank masa men dota nih, muka kecewa kena buli. Ngahahaha~

Bila ada pc baru ni dah makin gila pulak dengan game, dulu suka download movie. Sekarang movie baru pun dah tak tahu, madah download game je sekarang. Sampai sesuatu yang aku baru nak minat pun aku terlupa, blogging. Aku baru je nak cuba - cuba blogging, saja untuk aku berceloteh dan cergaskan jari - jari aku ni. Kalau setakat cerita hal peribadi macam ni tak kisah pun kalau orang tak bukak, orang pun tak kenal aku siapa dah tentulah diorang pun tak nak ambik tahu pasal aku. Aku pun blogging bukan untuk cari makan ye tak.

Eh! tiba - tiba otak aku aku mula teringat pada Crysis pulak, bahaya nih. Hehe, Crysis game aku baru beli haritu kat Lagenda, grafik memang tinngi and surely cun! Puas hati la, walhal sebelum ni aku tak layan pun game 'first person shooter ni' boleh mabuk woo. Sebenarnya masa tu aku nak beli Devil May Cry 4 tapi 2 disc harga RM26. Wah aku pikir ni dah melebih, macam membazir sangat, balik aku terus je download kat torrent. 2.72gb dalam masa 9 jam, jenuh tu nak tunggu. Sekarang ni pulak aku tengah download Resident Evil 5 dengan saiz hampir 7gb (gile besaq) hoho..


Ok lah, alhamdulilah walaupun otak ni da makin jahanam dengan gaming masih juga teringat kat blog ni lagi. Rindu nak berblogging (<- ayat ape ni?) Kata orang kalau tak tahu ambik tahu then kalau dah tahu beritahu, so kalau ada apa - apa info yang aku rase aku patut kongsi atau sampaikan kat sini lah tempatnya. Entri ni pun jauh jaraknya dengan tarikh last aku update blog ni, mgkin ni je la masa yang ada.

Harap - harap dapatla aku seimbang kan masa lepas ni. Layan game 24 jam je tak elok jugak kan, kalau blogging ni dapat gak info - info yang kita tak tau daripada bloggers lain.

*Crysis, antara dunia realiti dan fantasi, lol!

Ok lah kengkawan, lepas tulis entri ni je aku nak siapkan outcome Business Comm. aku. Oh! yesh! Miss Fae mesej gitau dia cuti, so petang tak ada kelas. Yang outcome ni dari minggu lepas dapat baru harini nak buat, gaming punya pasal la ni ngahaha~.

P/s : Kalau ada sesape yang nak share2 game halo2 gua k, gua sentiasa di sini untuk dikau gamerz. Hehe..peace!

0 comments:

Post a Comment